Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Sotong Masak Hitam

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Hari ni admin nak share resepi mudah ringkas lagi sedap yang berasaskan makanan laut yang terkenal di Malaysia, tak lain tak bukan cik Sotong kita. Sape penah makan sotong masak hitam? Sedap kan? Sotong masak hitam ni antara menu kegemaran admin dan family.. Sebelum ni memang soal dakwat sotong atau 'pasi' sotong ni menjadi buah mulut makcik-makcik bawang yang mengatakan, dakwat sotong ni najis, dan tak boleh dimakan, well said, admin tak nak cerita panjang-panjang, dan para pembaca boleh baca sendiri di Harian Metro online dengan kklik link ini.. Dakwat pasi bukan najis - Harian Metro Bahan-bahan: 1/2 kg sotong ** siang sotong dengan membuang tulang, gigigi sotong dan isi perutnya, cuma ditinggalkan dakwat sahaja. 1 biji bawang besar - di potong kasar 2 biji bawang kecil - dimayang  4 biji bawang putih - dimayang 1/2inci halia - dimayang 1 inci lengkuas - diketuk 2 biji cili hijau besar - hiris kasar 3 biji cili padi -

Ikan Kering Berempah / Ikan Apel2 (Resepi Bawean)

Resepi diolah dari fb : Aqillah Ismail 1 Kilo ikan Sardin dibelah belakang (dibelah dua) bahan ditumbuk kasar: 2 sudu kecil serbuk kunyit 3 sudu besar biji ketumbar 2 sudu kecil jintan manis 4 ulas bawang putih Garam Gula Serbuk Perasa Air Asam Jawa Cara - cara: 1. Ikan sardine di belah dua, dicuci bersih dan ditoskan 2. tumbuk kasar bahan-bahan yang disediakan, dan di perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. 3. Tambah air asam jawa. 4. Lumurkan ikan dengan bancuhan bahan perasa. 5. Jemur bahan sehingga kering air pada ikan. 6. Ikan digoreng garing. Ikan boleh dimakan bersama nasi panas. Selamat Mencuba!

Soto Ayam - Style Javanese

Sumber diolah dari fb: Aqillah Ismail 1 ekor ayam  Bahan dikisar halus (bumbu) : 2 biji bawang besar 8 biji  bawang merah 10 biji bawang putih 1/2 sudu besar lada putih biji 1 1/2 inci halia 1 inci kunyit 8 bjik buah keras (di goreng / sangai) 2 keping asam keping Lain2 bahan; Serai 1 - 2 btg dititik 6 helai Daun limau purut (dibuang btg tengahnya) Daun sup dan daun bawang secukupnya Garam Kiub Pati Ayam Minyak utk menumis Bahan untuk Hidangan Nasi impit / lontong nasi 3 biji ubi kentang (dihiris nipis dan digoreng sehingga garing) Daun sup dan daun bawang (di hiris) Bawang goreng Telur Rebus Sambal Tomato Cara - Cara: 1.  Ayam dipotong 4 direbus bersama asam keping, direbus dalam periuk yang cukup besar untuk kuah soto. Setelah mendidih kuah, tutupkan dan rehatkan sebentar. 2. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.  3. Masukkan serai dan daun limau purut. 4. Sebelum diangkat, masukkan daun sup dan bawang, ditumis sehingga daun sup dan bawang layu. 5. Dalam pe

Ikan Keli Balado – Style Mama Qeylla

Ikan Keli Balado – Style Mama Qeylla Gambar - sumber google. Di entri kali ni, kami nak share, resepi ringkas, yang tersangat amat mudah untuk anda sediakan. Pada penggemar ikan keli, kena cuba masakan ni. Hasil olehan kami, masakan balado ni, kami menggunakan tomato sebagai agen pemasam, dan tidak menggunakan air asam jawa. Tapi terpulang kepada anda kalau anda sukakan lebih masam boleh tambahkan sedikit air asam. Memasak ni sebenarnya mudah. Kekangan masa bukan alas an untuk anda tidak masak, sebab kami selalu hanya memperuntukkan masa sejam untuk menyiapkan 2-3 jenis masakan ringkas tapi lengkap. Mungkin di entri lain, saya akan kongsikan tips untuk memudahkan anda memasak dengan masa yang singkat. Sebelum tu, mari kita berkongsi resepi Ikan Keli Balado Mama Qeylla; 2-3 ekor ikan keli (saiz L) – di kerat 2inci setiap bahagian. 7 biji cili merah besar 7 biji cabai burung / cili jari ayam 1 biji tomato (sederhana besar) 2 labu bawang besar 3 biji baw

21 Jenis Makanan Sunah Rasulullah SAW

21 Jenis Makanan Sunah Rasulullah SAW Pada entri kali ni, kami ingin berkongsi sedikit info mengenai makanan-makanan sunah Rasulullah SAW. Sesungguhnya, kita disunatkan menghidupkan sunah Rasulullah SAW kerana, setiap yang dilakukan oleh baginda, terdapat 1001 kebaikan yang tidak disangka. Mari kita berkongsi ilmu tentang makanan sunah, iaitu makanan yang dimakan oleh Rasulullah SAW, dan sebahagiannya menjadi kegemaran baginda. 1. AIR ZAM-ZAM Air zam-zam memang terkenal sebagai air yang paling diberkati dan dapat mengubati berbagai jenis penyakit dengan izin Allah. Dalam sebuah hadis shahih, Rasulullah SAW menyebutkan: “Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan.” Dianjurkan bagi setiap mukmin menikmati air tersebut jika memang mudah memperolehnya. Air tersebut juga boleh digunakan untuk berwudhu. Air zam-zam juga boleh digunakan untuk beristinja ‘(membersihkan kotoran setelah buang air), malah jika memang ada kep

AYAM MASAK KICAP / SEMUR AYAM

AYAM MASAK KICAP / SEMUR AYAM   Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ini kami nak share satu masakan ringkas dan sedap yang berasakan ayam, Ayam masak kicap atau dikenali dengan nama Ayam Masak Semur bagi keturunan Jawa. Hidangan ringkas ni sedap dimakan begitu saja dengan nasi panas-panas. Ayam masak semur ni juga salah satu lauk dalam hidangan Nasi Ambeng, masakan orang jawa. Berikut adalah resepi lengkap Ayam Masak Kicap / Semur. 1 ekor ayam (saiz sederhana) 4 biji ubi kentang (saiz sederhana) 10 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 1 labu bawang besar / bawang holland 3 biji cili merah / cili hijau (ikut citarasa) 4 biji cabai burung (suami saya sukakan pedas) 1.5 inci halia 1 cawan kicap ABC sos manis 2 sudu besar sos tiram Minyak untuk menggoreng ayam dan kentang. Rempah untuk menumis: 1-2 kuntum bunga lawang 1.5 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 5 bunga cengkih Cara: Ø   Ayam saya potong 16, terpulanglah pada and