Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Hari ni admin nak share resepi mudah ringkas lagi sedap yang berasaskan makanan laut yang terkenal di Malaysia, tak lain tak bukan cik Sotong kita. Sape penah makan sotong masak hitam? Sedap kan? Sotong masak hitam ni antara menu kegemaran admin dan family.. Sebelum ni memang soal dakwat sotong atau 'pasi' sotong ni menjadi buah mulut makcik-makcik bawang yang mengatakan, dakwat sotong ni najis, dan tak boleh dimakan, well said, admin tak nak cerita panjang-panjang, dan para pembaca boleh baca sendiri di Harian Metro online dengan kklik link ini.. Dakwat pasi bukan najis - Harian Metro Bahan-bahan: 1/2 kg sotong ** siang sotong dengan membuang tulang, gigigi sotong dan isi perutnya, cuma ditinggalkan dakwat sahaja. 1 biji bawang besar - di potong kasar 2 biji bawang kecil - dimayang 4 biji bawang putih - dimayang 1/2inci halia - dimayang 1 inci lengkuas - diketuk 2 biji cili hijau besar - hiris kasar 3 biji cili padi -
Pada entri kali ni, kami
ingin berkongsi sedikit info mengenai makanan-makanan sunah Rasulullah SAW.
Sesungguhnya, kita disunatkan menghidupkan sunah Rasulullah SAW kerana, setiap
yang dilakukan oleh baginda, terdapat 1001 kebaikan yang tidak disangka. Mari
kita berkongsi ilmu tentang makanan sunah, iaitu makanan yang dimakan oleh
Rasulullah SAW, dan sebahagiannya menjadi kegemaran baginda.
1. AIR ZAM-ZAM
Air zam-zam memang terkenal
sebagai air yang paling diberkati dan dapat mengubati berbagai jenis penyakit
dengan izin Allah. Dalam sebuah hadis shahih, Rasulullah SAW menyebutkan:
“Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkati, air tersebut
adalah makanan yang mengenyangkan.”
Dianjurkan bagi setiap
mukmin menikmati air tersebut jika memang mudah memperolehnya. Air tersebut
juga boleh digunakan untuk berwudhu. Air zam-zam juga boleh digunakan untuk
beristinja ‘(membersihkan kotoran setelah buang air), malah jika memang ada
keperluan, Air tersebut juga boleh
digunakan untuk mandi junub.
Air zam-zam boleh didapati
di kedai-kedai perubatan islam.
2. KURMA
Kurma banyak disebut di
dalam al-Quran, diantaranya dalam surah Mukminah ayat 19: “Kemudian Kami tumbuhkan kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu
peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian kamu makan”
Kurma adalah “instant
energy” kerana mudah diserap dan diproses. Ia juga mengandungi
kandungan serat yang tinggi (3 kali lebih tinggi dari pisang).
Rasulullah SAW pernah
bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma
adalah rumah yang tidak ada makanan”
Sabda Rasulullah SAW yang
lain: “Siapapun yang memakan 7 biji tamar
‘Ajwah’, dia akan terhindar dari kejutan setan dan sihir pada hari tersebut”
Khasiat kurma adalah
sebagai penguat memori, penawar racun dan ubat berbagai penyakit.
Malah, buah kurma juga menjadi hidangan sahur baginda
Rasulullah SAW beserta dengan segelas susu.
3. BUAH TIN
Buah tin juga sangat
bermanfaat bagi umat manusia seperti yang dijelaskan dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana
Allah telah bersumpah atas nama buah tin dan buah zaitun.
Antara khasiat buah tin
termasuk menghilangkan racun, mengurangi batuk yang berpanjangan membersihkan
hati dan mengurangi lendir di usus. Buah tin yang kering mengandungi 6 kali
lebih kalori dari jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan
pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan berbagai
mineral dan zat mineral, tetapi rendah sodium.
4. ZAITUN
Pohon zaitun ada disebut
dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur ayat ke-35.
Semenjak 1.400 tahun yang
lalu, Nabi Muhammad SAW telah menyarankan umat Islam agar menggunakan minyak
zaitun untuk kesihatan dan perawatan tubuh, di mana Baginda SAW sendiri
menggunakannya sebagai minyak rambut.
Menurut kajian, minyak zaitun
dapat mengurangi risiko penyakit kanser dan sakit jantung, malah ia juga merupakan
sejenis antioksida dan digunakan sebagai produk kecantikan sejak berabad
lamanya.
Minyak zaitun juga boleh
digunakan dalam masakan dengan menggantikan minyak sawit atau minyak sayuran
yang digunakan dalam masakan.
5. BIJI HITAM (HABATUSSAUDA)
Dilaporkan bahawa
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Jadi
seperti biji habb al-sauda kerana biji ini ubat kepada segala penyakit kecuali
mati”
Adalah dilaporkan juga
bahwa Allah Taala menunjukkan bahwa habatussauda itu menghilangkan angin dalam
usus dan demam, juga mengubati ‘leukoderma’ dan menghilangkan penyakit selesema.
6. MADU LEBAH
Memiliki berbagai khasiat
dan dianggap ibu segala makanan. Bila dicampur air panas, dapat mengobati penyakit
cirit birit.
Sabda Rasulullah SAW .: “Demi Allah yang aku dalam genggamanNya,
minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu
di dalamnya. Jika seseorang makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan
sejuta penyakit keluar darinya”
Rasulullah SAW sendiri
mengamalkan minuman madu; dicampurkan madu dengan segelas air dan minum setiap
pagi ketika perut kosong.
Madu yang paling berkualiti
adalah madu yang dihasilkan dalam musim semi dan musin panas, tetapi kurang
berkualiti ketika dihasilkan di musim sejuk.
Madu boleh digunakan
sebagai pengganti gula dalam masakan dan minuman seharian kita, ini kerana
rasanya yang manis sesuai dengan keperluan masakan dan minuman kita. Bayangkan
teh lemon suam yang dicampur madu..! umpph!
7. DELIMA
Allah s.w.t menyebut buah
delima (Rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa
hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buah dari surga.
Dalam Surah ar-Rahman, ayat
68 Allah berfiman: “Di dalam keduanya
(surga) juga ada buah-buahan dan pohon kurma dan delima”
Ada banyak kajian dilakukan
yang mana membuktikan delima bagus sebagai antioksida, mencegah sakit jantung
dan mampu menstabilkan tekanan darah.
Malah untuk para ibu hamil
yang mempunya HB yang rendah, amalkan meminum air delima atau pati delima,
inshaAllah dengan izin-Nya, HB anda akan stabil seperti biasa dan juga
berkhasiat untuk janin anda.
8.SUSU KAMBING
Rasulullah SAW pernah
bersabda:
“Akan tiba suatu masa di mana kambing adalah sebaik-baik harta
bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di
lembah-lembah, hidup bermasyarakat demi memelihara agama dari ditimpa bencana ”
Menurut kajian, susu
kambing mampu membantu masalah seperti asma, demam kuning, insomnia dan
memperkuatkan tulang. Khasiatnya adalah lebih baik dari susu lembu dan hampir
sama dengan susu ibu.
Jika diambil secara terus,
mungkin ada dikalangan kita yang tidak gemarkan rasa hamisnya, namun usah risau,
kini terdapat pelbagai jenama bumiputera yang menghasilkan susu kambing segera,
hanya perlu dibancuh, malah ada yang berperisa dan boleh terus diminum.
9. ZA’FARON / Safron
Terlalu banyak dalam kitab
menyatakan bahwa Za’faran sangat baik untuk kecerdasan fikiran. Dalam kitab
Tibbul Imama A’li, halaman 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan dengan
maksudnya:
“Siapapun yg mengambil bagian Za’faran murni dan Su’dun satu
bagian dicampur dengan ‘asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu)
pada setia hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh
melakukan sihir”
Za’faron ini memiliki
banyak khasiat lain, antaranya epilepsi, penyakit hati, demam, impotensi serta
melancarkan pengaliran darah.
10. BARLI / GANDUM
Barli berkhasiat sebagai penyejuk
badan.
Rasulullah SAW pernah
memberi sup gandum kepada orang yang mengidap demam. Selain dari itu juga dapat
mengurangi kolesterol, melawaskan kencing, membantu sembelit dan mengurangi
risiko diabetes (tetapi jangan campurkan dengan gula).
11. ROTI
Roti yang paling bagus
adalah yang terbuat dari gandum (kerana mudah dicerna). Sebaiknya, roti
dibiarkan sejuk dahulu sebelum dimakan,
jika tidak, kita akan merasa haus ketika memakannya. Sementara, roti yang lama
dan tidak elok dimakan kerana akan menyebabkan sebu perut atau angina.
Rasulullah SAW bersabda:
“Jangan potong roti dengan pisau. Hormatilah roti itu dengan
memotong dgn tanganmu karena Allah menghormati roti itu”
12. HALIA
Halia disebut dalam ayat
alQuran (ayat17, Surah Al-Insan) firman Allah Ta’ala yang artinya:
“Dan mereka dalam surga itu diberi dari sejenis minuman yang
campurannya zanjabil”
Khasiatnya membantu
pencernaan dan pemanasan. Halia juga dikatakan mampu meredakan rasa mual,
penyakit sendi dan membantu distribusi darah.
Selain dijadikan minuman,
halia juga sering diguna pakai dalam masakan.
13. HALBA
Rasulullah SAW pernah
bersabda:
“Jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli
dan membayarnya dengan emas”.
Antara khasiat halba adalah
membantu aliran menstruasi dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).
Wanita arab suka mengambil halba (juga dikenali sebagai Fenugreek) ni untuk
cantikkan buah dada. Bagi ibu yang menyusui, halba membantu menambahkan susu
badan. Halba juga dapat membantu mengurangi gula, menurunkan kolesterol,
mengurangi batuk kronik, pembengkakan gusi dan sebagai makanan pembuka.
14. CUKA EPAL
Cuka epal mengandung
berbagai khasiat dan dikatakan menjadi tonik kesihatan bagi masyarakat Yunani.
Cuka epal adalah cuka yang dihasilkan dari proses penjerukkan buah apel.
Nabi sangat menyukai cuka
dan kadangkala mengamalnya bersama roti, sabdanya:
“Allah menempatkan keberkatan dalam cuka, itu telah digunakan oleh
para nabi sebelum aku”
Ianya dikatakan dapat
menghilangkan kelesuan, mengubati penyakit hati, memecahkan lemak di badan,
melancarkan darah dan mengurangi stress.
15. TIMUN
Dari Abdullah bin Jaafar,
diriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pernah memakan mentimun bersama kurma. Dengan
mengambil mentimun bersama kurma, ia boleh menghilangkan dahaga dan mengurangi
rasa panas dalam tubuh. Selain itu, sifat mentimun yang segar, sesuai dimakan
bersama kurma yang manis.
Timun bersifat sejuk dan
udara, sedangkan kurma bersifat panas dan kering. Maka suhu tubuh akan menjadi
seimbang. Dengan ini, Rasulullah SAW mengajar kita mengimbangi pemakanan kita.
Sekiranya kita mengambil makanan yang panas, seimbangkan kembali suhu tubuh
dengan makanan yang sejuk.
Selain itu, mentimun juga
mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi
silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan untuk menjamin kesihatan
sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang.
16. DAGING KAMBING
Daging kambing adalah
makanan kegemaran Rasulullah SAW. Di negara barat selalu mengembar-gemburkan
keburukan daging kambing, tetapi kenyataannya ia memiliki banyak kelebihan.
Berdasarkan kajian daging
kambing adalah daging yang paling baik untuk jantung, pengambilan daging
kambing dapat mengurangi darah tinggi dan obesiti, mempercantik kulit dan juga
mengurangi stress.
Lazimnya, daging kambing
terkenal dengan sifatnya yang panas. Oleh itu, setiap pengambilannya harus di
seimbangkan dengan makanan yang menyejukkan badan.
17. TEMBIKAI
Abu Daud dan Tirmizi
meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah
SAW pernah memakan buah tembikai bersama dengan buat tamar basah.”
Buah tembikai mengandungi
92 persen air dan 8 persen gula serta mengandungi antioksida yang disebut
lycopene yang mampu mencegah dari berbagai penyakit terutama kanser.
Rasulullah SAW juga
mengatakan wanita hamil yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang
baik dari segi karakter dan wajahnya.
18. ANGGUR
Di dalam surah Ar-Rad, ayat
4 Allah berfirman:
“Dan di bumi ada bahagian2 yang berdampingan, kebun-kebun anggur,
tanaman2, pohon kurma yg bercabang dan yg tidak bercabang; disirami dgn air yg
sama, tetapi Kami lebihkan tanaman yg satu dari yg lainnya dalam hal rasanya.
Sungguh, pada yang demikian itu trdpt tanda2 (kebesaran Allah) bagi org2 yg mengerti
”
Anggur dikatakan memiliki
berbagai khasiat, diantaranya mengurangi peradangan, mencegah penyakit pelupa,
melancarkan perjalanan darah dan membersihkan perut.
Anggur juga dikeringkan dan
lebih dikenali sebagai kismis, dan elok dijadikan snek dan makanan harian
kanak-kanak, tambahan pula mereka yang sedang belajar untuk mencergaskan minda.
19. JAMUR
Drpd Said bin Zaid bin Amru
bin Nufail r.a katanya: Aku pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda:
“Jamur adalah sejenis Manna
(satu anugerah yg sgt istimewa) dan dapat mengubati mata”
Jamur bukan shj sejenis
makanan yg enak, malahan memiliki berbagai khasiat dan diakatakan menjadi obat
herbal sejak zaman dulu lagi. Berdasarkan penelitian yang telah dilakukan,
dikatakan dapat meningkatkan system kekebalan tubuh (terutama bagi pasien
kanker), juga berperan melawan allergik dan radang.
20. LABU
Dari Hadis Anas bin Malik
r.a:
Seorang tukang jahit telah mengundang Rasulullah s.a.w untuk
menghadiri suatu jamuan makan. Anas bin Malik berkata: Aku pergi bersama Rasulullah
s.a.w menghadiri jamuan makan tersebut. Dia menghampiri Rasulullah s.a.w dan
menyajikan roti dari gandum serta kuah berisi buah labu dan daging bakar. Anas
berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w mencari-cari buah labu dari dalam sahfah
tersebut yaitu sebuah wadah makanan yang memuat makanan cukup untuk lima orang
“.
Selain kurma, Nabi juga
menggemari labu. Ia dikatakan memiliki perbagai nutrisi dan zat yang baik untuk
tubuh, terutama bagi penderita rabun malam dan diabetis. Ia juga berkhasiat
untuk mengawal nafsu makan, mengubati masalah kecacingan dan mencegah
pembentukan batu ginjal.
Kaum wanita juga disarankan
memakan labu, kerana baik untuk kesuburan Rahim dan mengimbangi hormon.
21. GARAM
Amalan Rasulullah SAW
memakan sedikit garam sebelum dan setelah makan kini dibuktikan oleh kajian saintis
bahwa kebiasaan ini membuat perut lebih aktif untuk mencerna makanan dan
menghindarkan perut dari menyerap racun.
Dari Abdullah Bin Umar,
sabda Rasulullah SAW .:
“Sesungguhnya Allah menurunkan empat hal berkat (memiliki
kebaikan) dari langit (melalui hujan) ke bumi iaitu ais, api, air dan garam”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy
dalam tafsirnya:
Dari Anas bin Malik, Nabi
bersabda “Penghulu segala lauk pauk kamu
adalah garam.”
Sekian, sedikit perkongsian
dari kami, marilah kita mengamalkan sunah Rasulullah SAW, dan semoga Allah
s.w.t melimpahkan keberkatan buat kita semua.
Terima kasih. J
Comments
Post a Comment