Skip to main content

Sotong Masak Hitam

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Hari ni admin nak share resepi mudah ringkas lagi sedap yang berasaskan makanan laut yang terkenal di Malaysia, tak lain tak bukan cik Sotong kita. Sape penah makan sotong masak hitam? Sedap kan? Sotong masak hitam ni antara menu kegemaran admin dan family.. Sebelum ni memang soal dakwat sotong atau 'pasi' sotong ni menjadi buah mulut makcik-makcik bawang yang mengatakan, dakwat sotong ni najis, dan tak boleh dimakan, well said, admin tak nak cerita panjang-panjang, dan para pembaca boleh baca sendiri di Harian Metro online dengan kklik link ini.. Dakwat pasi bukan najis - Harian Metro Bahan-bahan: 1/2 kg sotong ** siang sotong dengan membuang tulang, gigigi sotong dan isi perutnya, cuma ditinggalkan dakwat sahaja. 1 biji bawang besar - di potong kasar 2 biji bawang kecil - dimayang  4 biji bawang putih - dimayang 1/2inci halia - dimayang 1 inci lengkuas - diketuk 2 biji cili hijau besar - hiris kasar 3 biji cili padi - ...

Sotong Masak Hitam

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hari ni admin nak share resepi mudah ringkas lagi sedap yang berasaskan makanan laut yang terkenal di Malaysia, tak lain tak bukan cik Sotong kita.



Sape penah makan sotong masak hitam? Sedap kan? Sotong masak hitam ni antara menu kegemaran admin dan family..
Sebelum ni memang soal dakwat sotong atau 'pasi' sotong ni menjadi buah mulut makcik-makcik bawang yang mengatakan, dakwat sotong ni najis, dan tak boleh dimakan, well said, admin tak nak cerita panjang-panjang, dan para pembaca boleh baca sendiri di Harian Metro online dengan kklik link ini..
Dakwat pasi bukan najis - Harian Metro

Bahan-bahan:
1/2 kg sotong
**siang sotong dengan membuang tulang, gigigi sotong dan isi perutnya, cuma ditinggalkan dakwat sahaja.
1 biji bawang besar - di potong kasar
2 biji bawang kecil - dimayang 
4 biji bawang putih - dimayang
1/2inci halia - dimayang
1 inci lengkuas - diketuk
2 biji cili hijau besar - hiris kasar
3 biji cili padi - diketuk
1 keping asam keping
Sedikit daun bawang - dipotong kasar
Garam
Gula / perasa

Cara-cara:

  1. Tumis bahan yang dimayang bersama bawang besar sehingga separuh garing, masukkan cili hijau dan lengkuas, masak sehingga naik bau.
  2. Masukkan sotong dan asam keping. Besarkan api, masak sehingga sotong berwarna keputihan, perlahankan api.
  3. Masukkan daun bawang, garam dan perasa kacau sebentar dan tutup api.
  4. Sedia untuk dihidang!



Comments

Popular posts from this blog

Ayam Penyet Marvellous

Bahan-Bahan : - 1  ekor ayam (Dipotong 4 / 8) Bahan untuk dikisar: 1/2 sudu Jintan manis 1/2 sudu jintan putih 3 sudu besar ketumbar 1 sudu besar serbuk kari ayam 1 sudu besar kunyit serbuk 1/2 sudu serbuk lada putih 3 ulas bawang putih 1 cm halia 1  sudu teh garam 1/2 kiub pati ayam - 1 batang serai diketuk - 1/2 cawan tepung beras - 1 biji telur - Minyak untuk menggoreng Cara-cara: Ayam direbus hingga separuh masak. Dan toskan. Air rebusan disimpan untuk membuat sup.  Ayam yang ditoskan direbuskan pula dengan bahan yang dikisar, pastikan air sekadar menutupi paras ayam. rebus sehingga empuk dan direhatkan sebentar untuk pemerapan bahan-bahan. Angkat ayam, toskan dan pecahkan telur untuk digaulkan bersama ayam. taburkan sedikit tepung beras sebelum digoreng. Goreng sehingga keemasan. Lebihan bahan perapan boleh digunakan untuk membuat rencah rangup dengan cara menggoreng lebihan telur dan bahan perapa...

Ikan Keli Balado – Style Mama Qeylla

Ikan Keli Balado – Style Mama Qeylla Gambar - sumber google. Di entri kali ni, kami nak share, resepi ringkas, yang tersangat amat mudah untuk anda sediakan. Pada penggemar ikan keli, kena cuba masakan ni. Hasil olehan kami, masakan balado ni, kami menggunakan tomato sebagai agen pemasam, dan tidak menggunakan air asam jawa. Tapi terpulang kepada anda kalau anda sukakan lebih masam boleh tambahkan sedikit air asam. Memasak ni sebenarnya mudah. Kekangan masa bukan alas an untuk anda tidak masak, sebab kami selalu hanya memperuntukkan masa sejam untuk menyiapkan 2-3 jenis masakan ringkas tapi lengkap. Mungkin di entri lain, saya akan kongsikan tips untuk memudahkan anda memasak dengan masa yang singkat. Sebelum tu, mari kita berkongsi resepi Ikan Keli Balado Mama Qeylla; 2-3 ekor ikan keli (saiz L) – di kerat 2inci setiap bahagian. 7 biji cili merah besar 7 biji cabai burung / cili jari ayam 1 biji tomato (sederhana besar) 2 labu bawang besar 3 biji baw...