Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Hari ni admin nak share resepi mudah ringkas lagi sedap yang berasaskan makanan laut yang terkenal di Malaysia, tak lain tak bukan cik Sotong kita. Sape penah makan sotong masak hitam? Sedap kan? Sotong masak hitam ni antara menu kegemaran admin dan family.. Sebelum ni memang soal dakwat sotong atau 'pasi' sotong ni menjadi buah mulut makcik-makcik bawang yang mengatakan, dakwat sotong ni najis, dan tak boleh dimakan, well said, admin tak nak cerita panjang-panjang, dan para pembaca boleh baca sendiri di Harian Metro online dengan kklik link ini.. Dakwat pasi bukan najis - Harian Metro Bahan-bahan: 1/2 kg sotong ** siang sotong dengan membuang tulang, gigigi sotong dan isi perutnya, cuma ditinggalkan dakwat sahaja. 1 biji bawang besar - di potong kasar 2 biji bawang kecil - dimayang 4 biji bawang putih - dimayang 1/2inci halia - dimayang 1 inci lengkuas - diketuk 2 biji cili hijau besar - hiris kasar 3 biji cili padi -
AYAM MASAK KICAP / SEMUR AYAM
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini kami nak share satu masakan ringkas dan sedap yang berasakan
ayam, Ayam masak kicap atau dikenali dengan nama Ayam Masak Semur bagi
keturunan Jawa.
Hidangan ringkas ni sedap dimakan begitu saja dengan nasi panas-panas.
Ayam masak semur ni juga salah satu lauk dalam hidangan Nasi Ambeng, masakan orang jawa.
Berikut adalah resepi lengkap Ayam Masak Kicap / Semur.
Hidangan ringkas ni sedap dimakan begitu saja dengan nasi panas-panas.
Ayam masak semur ni juga salah satu lauk dalam hidangan Nasi Ambeng, masakan orang jawa.
Berikut adalah resepi lengkap Ayam Masak Kicap / Semur.
1 ekor ayam (saiz sederhana)
4 biji ubi kentang (saiz sederhana)
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 labu bawang besar / bawang holland
3 biji cili merah / cili hijau (ikut citarasa)
4 biji cabai burung (suami saya sukakan pedas)
1.5 inci halia
1 cawan kicap ABC sos manis
2 sudu besar sos tiram
Minyak untuk menggoreng ayam dan kentang.
Rempah untuk menumis:
1-2 kuntum bunga lawang
1.5 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 bunga cengkih
Cara:
Ø
Ayam saya potong 16, terpulanglah pada anda nak
potong 8 pun boleh, nak guna isi ayam saja pun boleh, terpulang pada selera
anda ^^,
Ø
Gaul dengan garam,kunyit dan digoreng garing,
sesuai dengan kegemaran anda sama ada suka ayam yang garing atau setengah
masak.
Ø
Kentang dipotong wedges, dan digoreng garing.
Ø
Bawang kecil, bawang putih dan halia dimayang
halus, cabai burung di potong kasar.
Ø
Panaskan sedikit minyak untuk menumis, dan tumis
bahan yang dimayang bersama dengan cabai burung dan rempah ratus.
Ø
Masukkan sos tiram, dan tumis sebentar, kemudian
masukkan kicap manis. Didihkan sebentar.
Ø
Masukkan ayam dan kentang dan sedikit air sesuai
dengan kepekatan mengikut selera anda. Renehkan, dan masukkan bawang besar dan
cili merah / hijau. Perasakan dengan garam dan sedia di hidang.
**Cabai burung dan cili boleh di
selaraskan dengan citarasa anda, sekiranya anda sukakan pedas, lebihkan cili,
dan sekiranya hidangan untuk kanak2, kurangkan cili.
** Selain ayam, anda juga boleh gantikan dengan ikan,
seperti tongkol, kerisi, sardine, dan sebagainya, yang di goreng terlebih
dahulu.
Sekian, semoga bermanfaat untuk anda semua, selamat mencuba, dan saya
halalkan resepi ini untuk di kongsi bersama. ^^,
Sumber fb - Nor Qeylla / Dapur Mama Qeylla : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=119817361960770&set=a.119817358627437.1073741829.100017975207927&type=3&theater
Sumber fb - Nor Qeylla / Dapur Mama Qeylla : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=119817361960770&set=a.119817358627437.1073741829.100017975207927&type=3&theater
Comments
Post a Comment