Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Sotong Masak Hitam

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Hari ni admin nak share resepi mudah ringkas lagi sedap yang berasaskan makanan laut yang terkenal di Malaysia, tak lain tak bukan cik Sotong kita. Sape penah makan sotong masak hitam? Sedap kan? Sotong masak hitam ni antara menu kegemaran admin dan family.. Sebelum ni memang soal dakwat sotong atau 'pasi' sotong ni menjadi buah mulut makcik-makcik bawang yang mengatakan, dakwat sotong ni najis, dan tak boleh dimakan, well said, admin tak nak cerita panjang-panjang, dan para pembaca boleh baca sendiri di Harian Metro online dengan kklik link ini.. Dakwat pasi bukan najis - Harian Metro Bahan-bahan: 1/2 kg sotong ** siang sotong dengan membuang tulang, gigigi sotong dan isi perutnya, cuma ditinggalkan dakwat sahaja. 1 biji bawang besar - di potong kasar 2 biji bawang kecil - dimayang  4 biji bawang putih - dimayang 1/2inci halia - dimayang 1 inci lengkuas - diketuk 2 biji cili hijau besar - hiris kasar 3 biji cili padi -

Masak Lemak Tempoyak Cili Padi - Ikan Talapia

Sebut je tempoyak, teringat buah durian D24 kat tepi jalan tadi. Tapi nak beli durian sekarang macam nak beli emas. huhuhu.. Entry kali ni admin nak kongsi resepi termudah, tersedap, terfeveret admin. Mudah sangat - sangat, anak-anak dara / anak bujang yang nak belajar masak tu, rasanya sambil main phone pun boleh masak juadah ni. Bahan- bahan: 4 sudu besar tempoyak (nak sedap boleh buat guna durian manis sedikit. 3sudu tempoyak 1sudu durian manis) 5 biji cili padi merah (nak pedas lagi sila tambah) 1 batang serai, dititik Sedikit daun kesum Garam Gula Air Cara-cara: Blender tempoyak dan cili padi dengan sedikit air. masukkan ikan dan serai kedalam periuk dan bahan blender, tambahkan air dan masakkan hingga mendidih. Masukkan daun kesum, perasakan dengan garam dan gula. reneh sehingga daun kesum layu, kepekatan kuah bergantung kepada selera anda. Didihkan dan siap untuk dihidang! Makan dengan ulam-ulaman, sambal belacan, pergghh... nasi se

Ayam Penyet Marvellous

Bahan-Bahan : - 1  ekor ayam (Dipotong 4 / 8) Bahan untuk dikisar: 1/2 sudu Jintan manis 1/2 sudu jintan putih 3 sudu besar ketumbar 1 sudu besar serbuk kari ayam 1 sudu besar kunyit serbuk 1/2 sudu serbuk lada putih 3 ulas bawang putih 1 cm halia 1  sudu teh garam 1/2 kiub pati ayam - 1 batang serai diketuk - 1/2 cawan tepung beras - 1 biji telur - Minyak untuk menggoreng Cara-cara: Ayam direbus hingga separuh masak. Dan toskan. Air rebusan disimpan untuk membuat sup.  Ayam yang ditoskan direbuskan pula dengan bahan yang dikisar, pastikan air sekadar menutupi paras ayam. rebus sehingga empuk dan direhatkan sebentar untuk pemerapan bahan-bahan. Angkat ayam, toskan dan pecahkan telur untuk digaulkan bersama ayam. taburkan sedikit tepung beras sebelum digoreng. Goreng sehingga keemasan. Lebihan bahan perapan boleh digunakan untuk membuat rencah rangup dengan cara menggoreng lebihan telur dan bahan perapan. Ganding

Tempe dan Tauhu Goreng

ini adalah resepi ringkas tapi amat memudahkan tambahan untuk ibu, atau wanita bekerjaya. Resepi yang ingin dikongsikan hari ni cuma Tempe dan Tauhu goreng. Dengan perapan ini dapat membuatkan tempe dan tuhu tahan lebih lama, malah menyedapkan lagi tempe dan tauhu goreng anda :) Dengan bahan-bahan mudah ini ternyata tauhu dan tempe goreng ada lebih marvellous!! Bahan - Bahan: 2 keping Tempe - dipotong nipis 3 ketul Tauhu - dibelah dua 5-6 ulas bawang putih Sedikit Kunyit Garam Sedikit serbuk secukup rasa Sedikit air Cara- cara: Tumbuk kasar garam,serbuk kunyit, bawang putih, serbuk secukup rasa.  Tambahkan sedikit air sekadar untuk mencelup tempe.  Sedikat bekas (tupperware) untuk memerap tempe dan tauhu. celupkan tempe dan tauhu, dan disusun dalam bekas untuk memerap. Lebihan air rempah disiram dalam bekas perapan. perap bahan selama 3-4jam sebelum digoreng,  Tempe dan tauhu yang diperap (belom digoreng) boleh tahan sehingga 2-3hari jika disimpa

Sambal Tomato

Sambal tomato adalah salah satu resepi sambal bagi masyarakat jawa - indonesia. Sedap dimakan dengan ikan goreng, ikan rebus dan ulaman. Selalunya masyarakat jawa tidak menumbuk sambal ini tapi di lenyek di atas 'pelak' sejenis bahan untuk melenyek sambal. seperti gambar di bawah: tapi untuk anda yang tidak mempunyai 'pelak' boleh sahaja menumbuh ataw melenyek sambal ini didalam lesung batu. tapi awas! kerana texture sambal yang agak berair, awas supaya tidak memercik ke muka ataw ke mata. Selamat Mencuba!! Resepi mudah ini pasti dapat memikat hati para suami dan ibu mertua :) Bahan-bahan A - digoreng sehingga lembut (tidak terlalu garing): 5 biji cili merah besar - dipotong 1 inci 8-10 biji cili hijau (cili jari ayam) 6 biji bawang merah kecil - di belah 3 2 biji bawang putih - dibelah 2 1 biji tomato saiz besar Bahan-bahan B: Sedikit belacan Garam Gula Cara-Cara: Gorengkan bahan-bahan A, sehingga lembut dan sedikit garing. (untuk memudahkan