Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Hari ni admin nak share resepi mudah ringkas lagi sedap yang berasaskan makanan laut yang terkenal di Malaysia, tak lain tak bukan cik Sotong kita. Sape penah makan sotong masak hitam? Sedap kan? Sotong masak hitam ni antara menu kegemaran admin dan family.. Sebelum ni memang soal dakwat sotong atau 'pasi' sotong ni menjadi buah mulut makcik-makcik bawang yang mengatakan, dakwat sotong ni najis, dan tak boleh dimakan, well said, admin tak nak cerita panjang-panjang, dan para pembaca boleh baca sendiri di Harian Metro online dengan kklik link ini.. Dakwat pasi bukan najis - Harian Metro Bahan-bahan: 1/2 kg sotong ** siang sotong dengan membuang tulang, gigigi sotong dan isi perutnya, cuma ditinggalkan dakwat sahaja. 1 biji bawang besar - di potong kasar 2 biji bawang kecil - dimayang 4 biji bawang putih - dimayang 1/2inci halia - dimayang 1 inci lengkuas - diketuk 2 biji cili hijau besar - hiris kasar 3 biji cili padi -
Sebut je tempoyak, teringat buah durian D24 kat tepi jalan tadi. Tapi nak beli durian sekarang macam nak beli emas. huhuhu..
Entry kali ni admin nak kongsi resepi termudah, tersedap, terfeveret admin.
Mudah sangat - sangat, anak-anak dara / anak bujang yang nak belajar masak tu, rasanya sambil main phone pun boleh masak juadah ni.
Bahan- bahan:
4 sudu besar tempoyak (nak sedap boleh buat guna durian manis sedikit. 3sudu tempoyak 1sudu durian manis)
5 biji cili padi merah (nak pedas lagi sila tambah)
1 batang serai, dititik
Sedikit daun kesum
Garam
Gula
Air
Cara-cara:
- Blender tempoyak dan cili padi dengan sedikit air.
- masukkan ikan dan serai kedalam periuk dan bahan blender, tambahkan air dan masakkan hingga mendidih.
- Masukkan daun kesum, perasakan dengan garam dan gula.
- reneh sehingga daun kesum layu, kepekatan kuah bergantung kepada selera anda. Didihkan dan siap untuk dihidang!
Makan dengan ulam-ulaman, sambal belacan, pergghh... nasi seperiuk pun habis. Ulam lyang paling kena dengan masak tempoyak ni, petai! hihi.. petai rebus pun sodap!
Selamat mencuba! 😊😊😊😊😊
Comments
Post a Comment