Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Hari ni admin nak share resepi mudah ringkas lagi sedap yang berasaskan makanan laut yang terkenal di Malaysia, tak lain tak bukan cik Sotong kita. Sape penah makan sotong masak hitam? Sedap kan? Sotong masak hitam ni antara menu kegemaran admin dan family.. Sebelum ni memang soal dakwat sotong atau 'pasi' sotong ni menjadi buah mulut makcik-makcik bawang yang mengatakan, dakwat sotong ni najis, dan tak boleh dimakan, well said, admin tak nak cerita panjang-panjang, dan para pembaca boleh baca sendiri di Harian Metro online dengan kklik link ini.. Dakwat pasi bukan najis - Harian Metro Bahan-bahan: 1/2 kg sotong ** siang sotong dengan membuang tulang, gigigi sotong dan isi perutnya, cuma ditinggalkan dakwat sahaja. 1 biji bawang besar - di potong kasar 2 biji bawang kecil - dimayang 4 biji bawang putih - dimayang 1/2inci halia - dimayang 1 inci lengkuas - diketuk 2 biji cili hijau besar - hiris kasar 3 biji cili padi -
Untuk si kecil yang menjangkau 6 bulan.
Tak terasa, kini bayi Anda sudah mencapai usia 6 bulan…
Bagaimana persiapan Anda dalam penyediaan makanan pertama si
kecil?
Bahan makanan apa saja yang boleh dan terbaik untuk Anda gunakan
sebagai makanan pertama si kecil Anda?
Bagaimana cara mengolahnya?
Berikut beberapa hal yang perlu ibu2 tahu mengenai pemakanan si
kecil;
Makanan bayi yang sihat
dan berkhasiat adalah makanan yang Anda buat sendiri dengan memilih bahan-bahan yang baik, serta dengan pengolahan dan cara penyimpanan yang betul.
Begitu pula untuk makanan
pertama bayi – sebaiknya para ibu menyediakan sendiri.
Memilih
Bahan Makanan
Sayuran serta buah-buahan organik hasil pertanian tempatan
adalah pilihan yang terbaik, kerana lebih terjamin kebersihan, dan risiko
tercemar daripada racun-racun serangga. Malah lebih segar berbanding sayuran
yang di import.
Namun, jika hasil pertanian organic sukar untuk didapati, atau
terlalu mahal, itu tidak menjadi kekangan untuk para ibu, dan boleh menggunakan
hasil tanian yang biasa, asalkan Anda mencucinya dengan baik. Untuk
buah-buahan, sebaiknya kulitnya dikupas untuk
mengurangkan risiko pencemaran racun perosak.
Alternatif lain adalah membeli buah-buahan atau sayuran yang
dibekukan (frozen fruits and vegetables).
Peralatan
yang diperlukan sebagai permulaan.
Berikut beberapa peralatan dan bahan yang perlu Anda sediakan untuk
membuat makanan bayi Anda sendiri.
1.
Air yang bersih (sebaiknya yang telah dimasak terlebih dahulu)
2.
Alat pengisar (Blender)
3.
Acuan ais batu (ice cube tray)
4.
Beg plastic berzip (Zipper plastic bag – boleh didapati di Ikea
atau boleh juga menggunakan Milk storage bag! Tupperware pun boleh juga! J)
5.
Pisau/alat pengupas buah
6.
Mangkuk
7.
Periuk
8.
Periuk pengukus / steamer
9.
Oven/microwave (optional)
Sebagai makanan pertama, buah-buahan yang digunakan sebaiknya
dikupas terlebih dahulu, kerana, berkemungkinan alat pencernaan bayi Anda belum
mampu mencerna seratnya dengan baik.
Buah-buahan yang digunakan juga sebaiknya dicuci terlebih dulu
sebelum dikupas atau dipotong.
Untuk pengetahuan para ibu, pada usia 6 bulan, si kecil Anda
boleh memulakan pemakanan puree/bubur dan ketika usianya 9 bulan, ia mulai
dapat mengambil finger food – iaitu potongan
kecil makanan yang Anda makan.
Cara
Mengolah Bahan Makanan
Sayuran dan buah-buahan yang akan diproses menjadi puree
sebaiknya direbus/dikukus terlebih dulu.
Semakin lama sayuran berada
dalam air, maka semakin banyak nutrisi yang hilang.
Oleh itu, sebaiknya,
tunggu sehingga air mendidih sebelum Anda memasukkan sayuran ke dalamnya, atau, cara yang lebih baik adalah mengukus bahan-bahan tersebut.
Jika Anda merebus sayuran sebelum dilumatkan dengan blender,
maka sebaiknya Anda menggunakan air rebusannya
untuk diblender, kerana ia mengandung nutrisi (vitamin dan mineral)
sayuran yang direbusnya.
Puree yang sudah diblender boleh dipindahkan pada mangkuk atau
bekas stainless steel, seramik atau kaca.
Sebagai makanan pertama bayi, sebaiknya tekstur bubur/puree Anda
buat agak cair, karena si kecil selama ini terbiasa meminum susu. Dan seiring
dengan masa dan usia bayi anda, tekstur puree boleh disediakan dengan lebih
pekat.
Penggunaan
Rempah sebagai perasa Makanan bayi anda
Anda juga ingin membiasakan bayi Anda untuk memakan makanan yang
sama dengan yang Anda makan. Selain gula dan garam, rempah
lain pada dasarnya adalah selamat untuk diambil oleh si kecil.
Sebagian bayi bahkan menyukai rasa masam dan rasa-rasa kuat selainnya, seperti
bawang putih. Bolehkah??!
iYa lah… jika selama ini Anda telah memberikan susu
badan Anda kepadanya selama 6 bulan, maka bayi Anda sudah terbiasa dengan
berbagai rasa makanan yang Anda ambil yang dialirkan melalui susu badan Anda
Oleh sebab itu, ketika membuat bubur/puree bayi, jangan takut
untuk menambahkan rempah-rempah atau bahan makanan seperti paprika, jintan, dan
bahkan secara bertahap Anda juga bisa mulai memperkenalkan minyak zaitun kepada
si kecil.
Waktu
untuk MAKAN!!
Adalah penting untuk para ibu sentiasa ingati, setiap kali Anda memperkenalkan bahan makanan baru kepada bayi
Anda, cubalah 1 jenis bahan saja selama 3 hari, ini adalah untuk
melihat kemungkinan berlakunya alergi pada si kecil Anda. Dengan demikian, jika
terjadinya alergi, dengan mudah Anda mengetahui bahan apa penyebabnya dan dengan
sendirinya Anda boleh mencegah pengambilan bahan tersebut.
Hal yang sering terjadi si Ibu dengan semangatnya membuat resepi
baru untuk si kecil tercinta. Setelah berbelanja bahan, membersihkannya, lalu
mengolahnya sesuai dengan resepi, maka tiba waktunya untuk memberikannya kepada
bayi. Namun ketika menyuapkannya kepada bayi, apa yang terjadi? Ternyata si
kecil spontan mengenyit mata dan, seakan-akan berkata, “ewww! Makanan apa ni,
ibu?!”
Kalau ini terjadi kepada Anda, jangan bersedih dan putus asa…
Ini merupakan fenomena yang biasa terjadi di seluruh dunia. Anda sebaiknya terus mencuba untuk memperkenalkan resepi-resepi
bubur baru beberapa kali kepada bayi Anda sebelum memutuskan bahawa resepi itu
memang tidak digemarinya.
Jangan terkejut jika kali ke 5
atau ke 10 bayi anda mula menunjukkan minat dan suka pada resepi bubur Anda
itu!
Jika setelah 10kali percubaan, bayi Anda tetap menolak resepi
baru tersebut, maka Anda boleh mencuba menambahkan bahan makanan yang ‘akrab’
di lidahnya, seperti susu ibu atau sereal.
Mengikut tahap usia bayi dan kemampuannya menerima makanan yang
disediakan, Anda pun boleh mulai menyertakan kulit sayuran seperti tomato
ketika membuat makanan si kecil. Daging ayam yang dicincang pun sudah boleh Anda
perkenalkan.
Cara
Penyimpanan Makanan Bayi
Makanan yang telah disediakan boleh terus disimpan di dalam
freezer. Dan anda boleh menggunakan acuan ais batu atau plastic yang berzip
atau mungkin menggunakan plastic milk storage bag Anda!
Jika Anda menggunakan plastic berzip atau milk storage bag Anda,
pastikan udara dalam plastic dikeluarkan sebelum menutup rapat plastiknya.
Berikan label pada setiap bungkusan dengan info mengenai resepi makanan dan
tarikhnya.
Manakala makanan yang Anda bekukan pada acuan ais batu,
sebaiknya dipindahkan ke dalam plastic berzip, setelah ia beku. Atau mungkin
anda boleh menyimpannya kedalam bekas kedap udara, seperti Tupperware dan
sebagainya. Terpulang kepada kemampuan dan kemudahan para ibu, yang penting,
pastikan kebersihan alatan yang digunakan!
Bubur sayuran dan buah-buahan yang
disimpan dengan cara ini dapat bertahan 6-8 bulan.
Sementara bahan berprotein seperti ayam, daging dan ikan dapat
bertahan hingga 1-2 bulan.
Ketika ingin menyediakan, makanan beku tidak perlu Anda panaskan
lagi. Anda hanya perlu turunkan puree yang disimpan di dalam ruangan sejuk beku
ke dalam ruangan sejuk biasa (chilled) selama
1 hari sebelum menghidangkannya, atau cukup dengan merendamnya di dalam air
biasa (biasanya, hanya diperlukan waktu sekitar 5-10 minit untuk mencairkan
kembali makanan beku dengan cara ini). Makanan bayi boleh dihidangankan pada
suhu bilik.
Semoga entri kali ini dapat membantu para ibu terus berusaha
memberikan yang terbaik kepada si kecil anda!
Nantikan entri yang selanjutnya, berkongsi resepi yang
berkhasiat dan diet yang seimbang untuk bayi anda!
Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment